BREAKING NEWS

  Kerajaan memperkenalkan Menu Keluarga Malaysia di restoran-restoran koperasi dan kafetaria di institusi-institusi pengajian tinggi (IPT) serta mana-mana premis penjualan makanan.

Kerajaan akan menawarkan menu makanan berkualiti pada harga siling sebanyak RM3.50 untuk satu hidangan menerusi “Bakul Makanan Siswa Keluarga Malaysia”.

Usaha ini bagi menangani isu kenaikan kos sara hidup kalangan penuntut universiti.

Kementerian Pengajian Tinggi juga memutuskan moratorium bayaran sewa selama enam bulan kepada pengusaha makanan di dalam kampus IPT supaya pengusaha makanan mampu menurunkan harga makanan yang dijual kepada pelajar.

Pihak kerajaan akan berbincang dengan ANGKASA dan Persatuan Pengusaha Restoran untuk membincangkan perincian tentang menu dan harga.



No comments:

Post a Comment

Cara Mendapatkan Password Wifi

  Cara Mendapatkan Password Wifi Cara mendapatkan password wifi pada laptop,komputer dan pc anda dengan mudah. Cara mendapatkan password wif...