BREAKING NEWS
Kerajaan memperkenalkan Menu Keluarga
Malaysia di restoran-restoran koperasi dan kafetaria di institusi-institusi
pengajian tinggi (IPT) serta mana-mana premis penjualan makanan.
Kerajaan akan menawarkan menu makanan
berkualiti pada harga siling sebanyak RM3.50 untuk satu hidangan menerusi
“Bakul Makanan Siswa Keluarga Malaysia”.
Usaha ini bagi menangani isu kenaikan
kos sara hidup kalangan penuntut universiti.
Kementerian Pengajian Tinggi juga
memutuskan moratorium bayaran sewa selama enam bulan kepada pengusaha makanan
di dalam kampus IPT supaya pengusaha makanan mampu menurunkan harga makanan
yang dijual kepada pelajar.
Pihak kerajaan akan berbincang dengan
ANGKASA dan Persatuan Pengusaha Restoran untuk membincangkan perincian tentang
menu dan harga.